nuf

Sunday, March 15, 2009

Penjajahan Minda

Jika diamati Amerika Syarikat seolah-olah sedang berusaha untuk memastikan dunia berada di bawah telunjuknya. Jika gagal untuk campur tangan dalam urusan dalaman atau tidak ada alas an untuk melancarkan perang terhadap sesuatu Negara, mereka akan mencari alternative yang lain. Kini mereka semakin ghairah berusaha untuk menjajah minda masyarakat dunia dengan memaparkan pihak mereka berada di pihak yang benar dan pihak lain terutamanya yang tidak mahu menurut kehendak mereka akan dianggap sebagai pesalah dan lebih teruk lagi dilabel sebagai pengganas.

Mereka menggunakan semua rangkaian yang ada, tidak kira ekonomi, pilitik, sosial, sehingga kepada pembikinan filem. Mereka juga sering mencari alasan terbaik yang selalunya mendapat restu negara-negara maju dan membangun lain dalam menjayakan misinya.

Sehubungan itu, kita di Malaysia sewajarnya berwaspada terhadap anasir barat terutamanya Amerika Syarikat yang tidak pernah terputus asa untuk menguasai Blok Asia Timur terutamnya Negara kita.

Memandangkan seriusnya masalah berkenaan, apakah usaha yang kita lakukan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka terhadap isu penjajahan minda oleh Amerika Syarikat ini?

Apa yang boleh kita lakukan agar anak bangsa kita tidak terpedaya dengan kata-kata serta janji manis barat dan tali barut mereka sekali gus menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia?.

Semangat Nasionalisme Yang Rapuh

Sasaran utama yang perlu diberi perhatian ialah golongan remaja. Jika diperhatikan golongan remaja zaman siber ini mudah dipengaruhi minda mereka. Mereka sering terikut-ikut dengan budaya barat yang kononnya dianggap moden. Semangat nasionalisme mereka juga amat rapuh, malah lebih membimbangkan lagi kini telah kelihatan unsur-unsur mereka tidak berminat untuk mengambil tahu apatah lagi menyertai pergerakan politik Negara yang selama ini menjadi kebanggaan Negara. Mereka menganggap urusan berpolitik ini urusan orang dewasa atau lebih tepat lagi wakil rakyat yang dilantik.Mereka meletakkan tanggungjawab ini bulat-bulat kepada generasi atau penaraju Negara. Untuk menghayati jalur gemilang juga kita terpaksa berbelanja besar bagi memastikan aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan dilaksanakan. Kekurangan minat mereka ini terhadap perjalanan politik Negara mendorong kepada kekurangan generasi pelapis untuk mentadbir Negara kelak. Kalau adapun bilangannya cukup kecil.

Senario ini terjadi berikutan kurangnya minat mereka terhadap sejarah sama ada sejarah Malaysia atau sejarah kebangkitan mahupun kejatuhan Negara-negara lain yang boleh dijadikan contoh teladan. Berbalik kepada kehebatan Amerika Syarikat, berapa ramaikah anak bangsa kita yang mengatahui sejarah bermulanya Negara berkenaan?.

No comments:

Post a Comment